Monday 1 April 2013

SEKULARISME


Sekularisme

Merupakan satu idealogi terkini yang merangkumi skop fahaman dan perbincangan yang sangat luas. Matlamat penyebaran sekularisme adalah untuk melahirkan idea dan nilai secular dalam jiwa setiap individu, masyarakat dan mendaulatkan Negara sekular.

Perjuangan sekularisme berkaitan dengan urusan keduniaan mesti dipisahkan daripada hal-hal agama. Ia juga memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap individu daripada peraturan dan ajaran agama yang dilaksanakan oleh pemerintah dalam sesebuah negara. Perjuangan ini bersifat neutral terhadap hal-hal berkaitan keagamaan dan tidak memberi kedudukan istimewa kepada sesebuah agama. Prinsip sekularisme adalah megakkan kepercayaan bagi setiap keputusan berlandaskan pemikiran akal manusia terbukti melalui ujikaji bukannya hasil doktrin agama.

Definisi Sekularisme

Perkataan Sekularisme berasal dari perkataan latin “saeculum” yang memberi maksud masa dan tempat. Menurut J.A Amurray dan H. Bradley, 1994 masa adalah masa sewaktu kita menjalani kehidupan manakala tempat merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia yang nyata. Kehidupan sekular memfokuskan kehidupan dunia yang sempurna untuk kesejahteraan dunia yang tiada kaitan dengan hari akhirat atau hari pembalasan.

Sekular juga bermaksud pemisahan antara zahir dan batin, fizikal dan spiritual, rohani dan jasmani. Pemisahan ini menggambarkan secular sebagai satu istilah negatif yang ditujukan kepada kehidupan yang berasaskan panduan agama. Menurut St Edmund,1290 sekular merupakan satu fahaman yang berkaitan pemisahan secara mutlak antara agama dengan dunia. Dari segi falsafah sekular ialah sebuah fahaman yang menggesa agar agama dan nilai-nilainya mesti diasingkan dari kehidupan dunia. Donald, Tyerman, 1970 menjelaskankan istilah sekularisme sebagai humanisme. Apapun ciri atau nama yang mempamerkan kepada sekularisme seperti athetisme dan humanisme merbahaya kepada umat manusia yang berasal dari induk yang satu.

Selain itu, sekularisme ialah satu sistem tatasusila yang didasarkan kepada prinsip-prinsip moral sejagat dan terlepas dari ajaran agama atau alam ghaib. Oleh itu individu dan masyarakat sekular yang terbaik adalah mereka yang berada jauh dari petunjuk dan anutan agama.  Geogre Jacob Holyoake mentakrifkan sekularisme sebagai melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan urusan hidup dan tidak ada kaitan atau terlibat dengan perkara spiritual dan metafizik. Menurut Martin H.Manser 1988 & T.T Clark ,1920 menyatakan sekularisme adalah gerakan materialistis dan rasional yang bermula di Inggeris.


Negara Sekular

Negara sekular adalah merujuk kepada gagasan negara yang menerima anutan fahaman sekular bagi negara tersebut. Menurut kamus the Avanced Learnes Dictionary of Curent English, sekular adalah dunia ini atau kebendaan bukan agama atau kerohanian. Ia merupakan suatu kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah. Dalam istilah politik ialah satu gerakan ke arah pemisahan antara agama dan kerajaan.

Pelbagai langkah diambil bagi mengurangkan hubungan di antara kerajaan dan agama seperti menggantikan undang-undang yang berdasarkan kitab suci sama ada undang-undang syariah dan thaurat kepada undang sivil serta menghapuskan diskriminasi berasaskan agama. Pengubahsuaian tersebut juga dikenali sebagai demokrasi dalam melindungi hak-hak golongan minoriti.

George Holyoake dalam English Secularism (1986) menegaskan bahawa penyebaran doktrin sekular semakin berleluasa. Beliau menggariskan tiga prinsip penting yang perlu dikira iaitu :
  • Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan
  • Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia
  • Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. 
  • Kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula untuk mencari kebaikan tersebut

Sejarah Kemunculan Sekular

Penentangan dan pengasingan kuasa gereja
Sekularisme lahir dan mula bertapak di negara Barat pada abad pertengahan, semasa berlaku pemberontakan dan penentangan nasiolisme pada kurun 17 masihi iaitu pada zaman pembaharuan Eropah sebagai satu tindak balas rakyat terhadap sikap gereja. Gerakan golongan protestan yang menentang Katolik berlaku untuk menghapuskan dasar penguasaan dan kawalan ke atas cara hidup bangsa Eropah secara keseluruhan. Ideologi muncul hasil daripada perbalahan hebat antara barisan pemimpin yang pro kerajaan dengan para paderi gereja, dan juga perbalahan antara para sainstis dengan paderi di gereja yang memegang kuasa dan mementingkan diri sendiri.

Akhir perbalahan lahir usul baru yang membakar semangat rakyat supaya memisahkan antara agama dengan dunia. Seterusnya ideologi ini berusaha pula memisahkan antara agama dengan politik.

Kemunculan Teori Charles Darwin
Charles Robert Darwin merupakan seorang ahli Biologi berbangsa Inggeris. Beliau mengikut serta sebuah kapal laut untuk mengelilingi dunia dan hasil penelitian tentang tatacara penciptaan alam melahirkan teori Evolusi Species. Beliau berpendapat seluruh makhluk hidup berubah menjadi makhluk yang lain lantaran sebuah proses evolusi dan penyempurnaan. Dalam buku beliau, "Tabar-e Insan",beliau menjelaskan beberapa sifat lahiriah dan ciri jiwa manusia merupakan evolusi yang dialami oleh kera dan monyet. Doktrin dasar Darwinisme menyatakan makhluk hidup muncul menjadi ada dengan sendirinya secara spontan. Teori Evolusi ini bertukar kepada falsafah materialisme atau kebendaan. 

Prinsip-Prinsip Sekularisme
  1.   Meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia.
  2.  Hanya perjuangan kebendaan sahaja yang memberi jaminan baik untuk mencapai kehidupan yang bebas dan selamat.
  3. Utilitarian adalah prinsip sekularisme yang membawa idea apa yang perlu dan patut diusahakan oleh manusia adalah perkara yang berguna dari aspek kebendaan.
  4. Mengutamakan prinsip moral yang liberal bagi membolehkan manusia mencapai matlamat tersendiri.


Ciri-Ciri Sekularisme
  • Penafian hal-hal kerohanian.
  • Penafian terhadap kewibawaaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam   bidang agama.
  • Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
  • Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah.
  • Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan moral.
  • Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama.
  • Meyakini bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek. 
  • Beranggapan bahawa institusi politik dalam peradaban kaum muslimin masa lampau adalah cerminan dan warisan tradisi yang tidak ada hubungan dengan hukum syariat yang suci. 
  •  Penerapan syariat Islam atau nilai-nilai Islam akan merugikan penganut agama bukan Islam yang boleh menjadi ancaman besar kepada sesebuah persatuan. 
  • Menyebarkan faham-faham yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam untuk kepentingan politik sendiri. 

Kaedah  Penyebaran Sekularisme


1.  Penyebaran sekularisme melalui pendidikan


Menghantar Pelajar ke Negara Luar Untuk Melanjutkan Pengajian. 
Penghantaran pelajar keluar negara khususnya negara-negara Barat akan menyebabkan para pelajar dan tenaga muda bertambah jahil terhadap agama. Perkara-perkara buruk seperti minum arak dan pergaulan bebas akan meresap ke dalam diri para pelajar untuk dipraktiskan dalam rutin kehidupan seharian.

Menghapuskan Pelajaran Agama atas Nama Pendidikan
Menghapuskan mata pelajaran agama atas nama pendidikan dengan membawa slogan pembaharuan. Pembaharuan dilakukan dengan memasukkan pembelajaran umum dalam setiap perkuliahan.

Memperkenalkan Institusi Pendidikan Asing di Negara-negara Islam
Gagasan itu digerakkan bertujuan untuk mengeluarkan umat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya menyelewengkan akidah. Penghinaan kepada Bahasa Arab sebenarnya menghinakan agama Islam sendiri. Keadaan seumpama ini berlaku di negara-negara Arab.

Pergaulan bebas
Aliran sekular membenarkan malah menggalakkan percampuran bebas antara lelaki dan perempuan dalam sesi pengajaran. Mereka turut memberi keyakinan baru bahawa percampuran seumpama itu dapat mematangkan pemikiran para pelajar. 

2.  Penyebaran sekularisme melalaui media massa
Tayangan-tayangan yang terpampang di televisyen, majalah dan media massa yang lain tidak membawa perkembangan ilmu pengetahuan dan pengamalan ajaran malah mendorong ke arah kejatuhan akhlak Islam. Sekularisme sentiasa berusaha untuk menjauhkan umat Islam dari agamanya.

3.  Penyebaran sekularisme melalui undang-undang
Golongan sekular berusaha dengan sedaya upaya untuk menjauhkan Islam dari kekuasaan pemerintahn. Mereka akan memastikan agar undang-undang Islam tidak dirujuk walau dalam masalah yang sangat kecil sehingga Islam kelihatan tinggal namanya sahaja. Negara Islam yang ingin melaksanakn undang-undang Islam secara menyeluruh pasti akan menerima tekanan hebat dari golongan sekular dalam negara itu sendiri.

4.  Kekuasaan manusia (manpower)

Manusia akan menggunakan akalnya untuk mencapai cita-cita. Jika manusia dapat menggunakan akalnya dengan betul dia akan membentuk nilai moral yang baik.

Antara kelemahan manusia bercita-cita tinggi ialah prinsip yang tidak realistik, ia menggalakkan manusia mencari kebendaan semata-mata dan status moral dalam kalangan manusia pada ketika ini tidak lagi dipandang tinggi.
Pemikiran bahawa kesempurnaan hidup dan kebahagiaan akan dicapai melalui peningkatan ekonomi, maka manusia berusaha meningkatkan daya pengeluaran.

5.  Liberalisme
Liberalisme bermaksud meletakkan kebebasan individu sebagai perkara paling utama dan menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang. Liberalisme dari sudut agama, Martin Luther adalah tokoh protestan yang menentang penindasan dan keganasan gereja katolik sebelum zaman Renaissance. 

Dari sudut politik, seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. Masyarakat dan institusi kerajaan yang wujud di dalam masyarakat berfungsi untuk memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih kepada sesiapa yang mempunyai taraf sosial lebih tinggi. 

Aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip seperti:
  • Kebebasan berfikir dan bersuara.
  • Batasan kepada suara kerajaan. 
  • Kedaulatan undang-undang.
  • Hak individu ke atas harta persendirian.
  • Pasaran bebas.
  • Ketelusan sistem pemerintahan.

6.  Modenisme

Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Semangat modenisasi bermula semenjak era Renaissance abad ke-16 masihi dan pencerahan pada abad ke-18 masihi. Keberanian manusia melepaskan diri daripada dogma-dogma institusi agama menjadikan mereka memasuki era baru.

Ia terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol. Ia juga Mmnekan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.

7.  Humanisme
Humanisme menanggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah tuhan yang maha Agong dan yang menentukan hukum-hakam. Tuhan tidak berperanan di muka bumi ini.

Sifat-sifat Humanisme :

1) Percampuran bebas
2) Penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan
3) Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan
4) Gerakan pembebasan wanita
5) Kaunseling berkelompok
6) Pendidikan seks